Wednesday, January 18, 2012

Sijil Pengurusan Perisian Pejabat



SINOPSIS PROGRAM


Program ini memperkenalkan peserta kepada pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali didalam perlaksanaan pengurusan perisian pejabat yang mana ianya mendedahkan peserta tentang kemahiran pengunaan perisian yang terdapat di sesebuah pejabat. Pengunaan peralatan pejabat seperti penggunaan mesin fotokopi, faks, telefon, pengimbas, pencetak dan lain-lain peralatan pejabat turut ditekankan didalam silibus pembelajaran bagi mewujudkan persekitaran kerja sebenar.  Selain itu juga, peserta dibekalkan pengetahuan dan kemahiran tambahan mengenai penyelenggaraan perisian komputer dan sistem pengoperasian komputer serta pengendalian backup storan. Malah para peserta turut didedahkan asas perkongsian rangkaian yang melibatkan perkongsian fail dan folder, pencetak dan pengimbas di komputer peribadi atau pelayan. 


OBJEKTIF 


Objektif program Sijil Modular Kebangsaan bidang Aplikasi Perisian Komputer adalah untuk melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan tugas di dalam bidang perkeranian.


HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM



Di akhir program ini, graduan akan boleh:-
  • Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pengurusan perisian pejabat.
  • Melaksanakan tugasan perkeranian dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan.
  • Melaksanakan tugasan yang melibatkan perisian pejabat dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan.
  • Melaksanakan tugasan penyelenggaraan perisian komputer dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan sesuai dan tertib bagi melaksanakan tugasan.
  • Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.

    • Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa merancang dan melaksanakan tugasan.