SINOPSIS
Aktiviti penyelenggaraan perkakasan sistem pengoperasian komputer mengandungi pembelajaran dan latihan bagi mengendalikan perkakasan komputer, mempraktiskan asas sistem pengoperasian komputer dan mengendalikan backup storan. Aktiviti-aktiviti ini mesti dilakukan bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan latihan yang telah ditetapkan.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Di akhir kursus ini, peserta-peserta akan boleh:-
(i) Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam penyelengaraan perkakasan sistem pengoperasian;
(ii) Melaksanakan tugasan-tugasan seperti pengendalian perkakasan komputer, mempraktiskan asas sistem pengoprasian komputer dan mengendalikan backup storan dengan tepat, sempurna dan betul;
(iii) Menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat sepertimana yang ditetapkan di dalam manual teknikal atau spesifikasi pengeluar
(iv) Mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan betul dan tertib bagi melaksanakan tugasan-tugasan yang berkaitan
(v) Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat, merancang, dan menilai hasil dan proses kerja berkaitan
(vi) Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa mengumpul maklumat, merancang dan melaksanakan tugasan
VII) Mengamalkan langkah-langkah kebersihan, keselamatan dan etika yang betul.