LA 3

SINOPSIS


Aktiviti Asas Perkongsian Rangkaian mengandungi pembelajaran dan latihan bagi mengendalikan perkongsian pencetak dan pengimbas, perkongsian fail di komputer peribadi dan  perkongsian dail di pelayan. Aktiviti-aktiviti ini mesti dilakukan bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan latihan yang telah ditetapkan.


HASIL PEMBELAJARAN


Di akhir kursus ini, peserta-peserta akan boleh:-
(i)             Menunjukkan kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang perkongsian rangkaian;
(ii)            Melaksanakan tugasan-tugasan seperti mengendalikan perkongsian pencetak dan pengimbas, perkongsian fail di komputer peribadi dan perkongsian fail di pelayan dengan tepat, sempurna dan betul;
(iii)           Menggunakan peralatan-peralatan dengan betul dan selamat sepertimana yang ditetapkan di dalam manual teknikal atau spesifikasi pengeluar
(iv)          Mempraktikkan kaedah, metodologi dan teknik dengan betul dan tertib bagi melaksanakan tugasan-tugasan yang berkaitan
(v)           Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat, merancang, dan menilai hasil dan proses kerja berkaitan
(vi)          Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial semasa mengumpul maklumat, merancang dan melaksanakan tugasan
      (vii)    Mengamalkan langkah-langkah kebersihan, keselamatan dan etika yang betul.